Balik Kampung

Sabtuni 27hb aku akan balik kampung.Plan asal nak balik 25hb tapi tak dapat cuti.Yerlah,ramai staff bercuti jadi terpaksalah aku berkorban.Kalini,kami akan balik Terengganu.Tak sabar rasanya untuk balik,yerlah dah 2 bulan tak balik kampung.Kali terakhir balik cuti raya bulan 10 haritu.

Kalini,buat pertama kali aku akan memandu kereta pulang.Sebelum ni paling jauhpun bawa kereta dari KL-Melaka.InsyaAllah,bawa berhati-hati dan sampai ke destinasi seperti yg dirancangkan.Adik perempuan ku turut akan balik bersama kami.Kalau isteriku tak mengandung ,bolehlah kami bergilir-gilir bawa kereta.Alhamdulillah,tak lama lagi aku bakal menjadi seorang bapa.Perasaan ku ketika ini?Tentulah gembira.Bakal menyambut anak sulung.Isteriku beriya-riya mahukan anak perempuan,aku pula inginkan anak lelaki.Yerlah,bagiku anak lelaki sulung sebagai pelindung adik-adik nanti di masa hadapan.Namun,aku tak kisah sgt.Rezeki dari Tuhan.Dapat anak perempuan pun aku bersyukur.

Tak lama lagi dah nak masuk tahun baru.Apa azam aku tahun baru ni ye?Azam tahun lepas pun macam hangat-hangat tahi ayam je.Nihle jadi nya kalau kurang perancangan.Hehehe,cam tak biasa je kan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.