NOTTS GAMES PART 3

Selepas ditewaskan pasukan bola tampar Edinburgh,Eyriqaz n Lopez mengambil keputusan utk bermain bola sepak pula.Kami menaiki shuttle utk sampai ke Power League Notts University.Nasib baikler masa eyriqaz n Lopez sampai games belum dimulakan.Serba sedikit tentang team Lancaster Universiti Tahun ni:Pemain:Nizam(kapten),Eyriqaz,Padli(rakan kmys),Syed,Woon,Lopez,Jin,A(pakwe jane),dan Anas.
Pasukan lain di satu group:Sheffield Under 16,Wales,Liverpool,dan Warwick.

Games pertama Lancaster bertemu Sheffield under 16.Lancaster vs sheffield(Final result,lancaster 1 – 4 Sheffield) eyriqaz n lopez datang lambat.Jadi,eyriqaz hanya menjadi simpanan utk games ni.nizam,jin,A,Anas dan woon memulakan rentak.Permainan agak hambar,agak kucar kacir.hanya Woon seorang yg bermain di posisi bawah.Satu kesilapan kecil,pengadil agak tidak pandai mengadili permainan.Satu penalti diberikan apabila jin mengambil bola backpass.1-0 utk sheffield.Serangan semakin bertali arus,habis separuh masa pertama ,sheffield 3-0 Lancaster.Eyriqaz dan padli masuk menggantikan A dan Woon.Padli bermain di posisi bawah dan eyriqaz bermain di posisi atas sedikit.Permainan mula seimbang,tapi team Sheffield berjaya mengambil peluang menjaringkan gol ke4.Semangat juang diteruskan,akhirnya serangan yg bermula dari Anas dapat membuahkan gol Lampard ketika menentang Wales dan Owen mendakwa gol itu golnya.lebih kurang camtuler,Nizam merembat dan terkena sedikit kaki eyriqaz,Gol.1-4 utk lancaster.Tidak lama selepas itu,wisel penamat di tiupkan.1-4.

Lancaster vs Wales(Final result, Lancaster 0 – 0 Wales)

3rd games,Lancaster vs Liverpool(Final Result,Lancaster 2 – 2 Liverpool,gol hasil jaringan Anas dan eyriqaz)

4th games,Lancaster vs Warwick(Final Result,Lancaster 1 – 2 Warwick,gol jaringan Anas)

Keseluruhannya,eyriqaz rasa seperti permainan bola tampar,bola sepak tahun ni mampu pergi lebih jauh,tapi disebabkan kesilapan teknikal seperti percaturan pemain,taktik,dan sebagainya,kitorang gagal utk layak ke pusingan kedua.Apapun,eyriqaz berpuas hati,gol kedua di Uk selepas Sheffield Games tahun lepas.Apapun,semangat berpasukan tetap diutamakan.Syabas,Lancaster Uni.Lupa,team bola jaring mengalami nasib yg sama.Kalah kesemua games dan menarik diri dari 2 games yg seterusnya.Apapun,syabas juga diucapkan.Cuba lagi di lain masa,kalah menang adat pertandingan.Majulah sukan utk Kesihatan….ciao..

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.