NOTTS GAMES PART 2

Bertolak dari Lancaster University underpass pukul 430 pagi.Semalam,eyriqaz tak tido langsung.Gara-gara semangat nak bermain di Notts games.Yelah,notts games terakhir bagi eyriqaz.Memori yg memang eyriqaz tak dpt lupakan.Pahit,manis,malu,dan sebagainya.Apapun,eyriqaz gembira ngan trip nih.Lain dari yg lain.

Tahun nih eyriqaz mengambil keputusan utk main bola tampar campuran dulu.Kalau ada rezeki teruskan,kalau tak eyriqaz pi main bola lepas tuh.Yelah,bola tampar,main sekejapjer.Lagipun,eyriqaz nak cuba games baru sebelum meninggalkan bumi UK ni. Akhirnya,kitorang sampai ke Notts University.Macam seperti tahun2 sebelumni,kemeriahan mmg terasa cuma eyriqaz rasa sambutan dah semakin berkurangan.Mungkin kerana ramai kawan dari batch eyriqaz yg tak dtg.Yelah,dah di tahun akhir ler katakan.

Bola tampar dimulakan.Kitorang(lancaster University) bakal menentang team Edinburgh University.Team yg nampak pada pandangan kasar begitu mudah utk dijinakkan.Mana taknya,4 perempuan main,2 lelaki yg agak tua.Mmg terasa ada harapan besarler nak menang.Eyriqaz,helmi,lopez,azhar,diyana,mas ayu dan farid sebagai reserve.Sorry farid,mb coz sebab aku ko tak dpt main.Takperler,lain kali still ada peluang lagi.Kitorang bermain tak cam biasa,agak kelam kabut dan agak cuak utk mengambil bola.Byk kesilapan mudah dibuat.Team lawan pandai memainkan peranan,pihak lelaki byk bagi bola kat pihak perempuan.Taktik diorang berjaya,kitorang agak kelam kabut,dan di satu ketika kitorang ketinggalan 16-10.Agak jauh,mata penamat 25.Semua mata tertumpu kat games tersebut.Yelah,.games pertama.kitorang terus mengejar hinggalah si satu ketiga kedudukan berada 21-22.Agak menarik.Semangat tak mengenal erti kalah diteruskan.timetuh,farid dan masuk mengggantikan Azhar.Sorry azhar,kau pula yg dikeluarkan.Sebenarnya eyriqaz nak keluar,yelah rasa cam bersalah pulak.Apapun,games mesti diteruskan.Akhirnya,semangat juang kitorang dihampakan.Kitorang kalah 25-23.terasa teballer juga.Yelah,mmg byk silap yg kitorang buat dan kalau dgn prestasi sebenar,eyriqaz rasa team lancaster mampu menewaskan team tersebut dengan mudah.Bak kata org,rezeki ayam nampak di kaki,rezeki manusia siapa yg tahu.Eyriqaz terima kekalahan tersebut.Kalah menang,adat pertandingan.Kepada Volleyballler lancaster University Notts Games 2004,eyriqaz minta maaf kalau ada salah dan silap dan mengecewakan korang.eyriqaz dah cuba yg terbaik.K ler,bersambung ke part 3 bila eyriqaz berpeluang.Pasal games Bola dan sedikit komen pasal Bola jaring.Nice games u All.Semangat berpasukan yg penting.I love U all…….

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.